Drama Projek Memikat Suami

Posted by i in , ,


Drama Projek Memikat Suami gandingan Emma Maembong dan Aiman Hakim bakal menemui penonton di Astro Ria pada 16 Disember ini. Cerita bertemakan perkahwinan secara paksaan yang akhirnya menemui kasih sayang antara pasangan tersebut. Drama terbitan Global Station adaptasi daripada novel Projek Memikat Suami karya Hanina Abdullah keluaran Karya Seni.

TAJUK : PROJEK MEMIKAT SUAMI (ASTRO RIA)
MULAI: 16 Disember 2013
HARI: Setiap Isnin
MASA : 9.00 - 10.00 Malam
PENGARAH : Emi Suffian Sabhe
PENULIS : Shuhadatul Ain Zakaria, Mickey Sharum
PENERBIT : Global Station
PELAKON: Emma Maembong (Nawwal Husna), Aiman Hakim Ridza (Zahrain), Watie Elite (Nawrah Hanna), Dynas Mokhtar (Najla Huda), Kuniey Muzani (Zahra), Fadilah Mansor (Puan Sri Maimun), Aznah Hamid (Hajjah Rahmah), Tasha Elyzza (Emmalyn), Ikhwan Khairudin (Atai)

Pelakon Projek Memikat Suami
Husna – Emma Maembong
Zahrain Alimin – Aiman Hakim Ridza
Pelakon pembantu
Puan Sri Maimun – Aznah Hamid
Hajjah Rahmah- Fadilah Mansor
Nora -Dynas Moktar  (kakak pertama Nawal Husna)
Najla- Watie Sadali  (kakak kedua  Nawal Husna).
Adira Sulaiman- Sherry Ibrahim
Atai- Ikwan Khairudin


SINOPSIS NOVEL PROJEK MEMIKAT SUAMI

NAWWAL HUSNA, baru sehari pulang ke tanah air selepas tamat pengajian, dia dikejutkan dengan berita peminangannya. Demi ummi dan babah, Husna bersetuju dengan permintaan itu meskipun dia tahu sangat sukar untuk bersama dengan lelaki yang memang tak sukakan dia.

“Jangan menyesal, little girl. Awak ingat taktik awak tu bagus sangat? Awak nak sangat kahwin dengan saya? Okey, saya akan bagi tahu mama yang saya setuju. Cik Nawwal Husna, awak akan jadi isteri saya. Awak ingat awak dah menang? I promise you, for every day of our married life, you will regret what you have done today.” – Zahrain Alimin

Hidup berumah tangga dilayari berbekalkan nasihat dan petua dari kakak-kakaknya,yang lebih dikenali sebagai Master-ji dan Side-kick.

“Buat apa kalau Puan Sri berkenan, tapi tuan punya badan tidak!” – Nawwal Husna

“Una tak pernah terfikir ke, kalau Puan Sri boleh berkenan kat Una, kenapa Una tak buat anaknya pun berkenan kat Una?” – Najla

Berjayakah Nawwal Husna memikat suaminya si mamat ketul ais beku, Zahrain Alimin? Bolehkah ketul ais beku ini dicairkan?

“Sayang… Abang tak tahu bila abang jatuh cinta dengan sayang, sebab abang sibuk sangat hendak membenci sayang. Benci, benci, benci, tup-tup, in love. Bila jatuhnya pun abang tak tahu,” – Zahrain Alimin

Apabila mereka sudah menemui cinta itu, wujud pula penghalang dek rasa cemburu dan fitnah. Berjayakah mereka mempertahankan rasa cinta yang baru hendak bercambah? Ikuti cabaran dan usaha Nawwal Husna untuk membina rumah tangga bahagia!


Gambar Pelakon Drama Projek Memikat Suami






















i

InfoTaip menyajikan info-info terbaru, terkini, terhangat dan terbaik untuk anda semua. Pastikan artikel pilihan anda bookmark terlebih dahulu. CTRL + D
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow


Contact us

infotaip@gmail.com