Remy Ishak Duta Dashing

Posted by i in ,

DASHING baru-baru ini menlancarkan wangian terbaru mereka BOLD dan EDGE diruang legar Alamanda Putrajaya. Para media dan tetamu yang hadir dikejutkan dengan gimik pelancaran wangian terbaru itu persembahan Capoiera yang penuh bertenaga sebelum wangian itu diperkenalkan kepada umum oleh duta DASHING – pelakon terkenal Remy Ishak yang merupkan epitome seorang jejaka maskulin dan berkeyakinan.

Beliau merupakan seorang individu yang berani dan gemarkan cabaran. Beliau adalah seorang pelakon versatil yang mampu menjiwai pelbagai watak dan menyentuh jiwa penonton. Remy mempunyai aura keyakinan, maskulin, keazaman dan kesungguhaan dalam mengejar cita-cita dan fokus didalam apa yang dilakukan lantas menjadikan beliau seorang individu yang professional dan pilihan terbaik sebagai teraju jenama ini.

BOLD adalah wangian maskulin yang dihidupkan dengan adunan nota citrus dan kayuan manakalah EDGE mengenengahkan haruman segar kesturi dan nota kayuaan lain. Kehadiran BOLD dan EDGE turut dilengkapkan dengan rangkaian semburan anti peluh Bold Vibes dan Cutting Edge yamg memberikan keyakinan dan kesegeran berpanjangan dengan teknologi perlindungan tiga kali ganda yang memberikan perlindungan dari bau badan sehingga 24 jam.

“BOLD dan EDGE adalah definisi jejaka sebenar. Seandainya anda yakin dengan potensi diri, tahu apa yang dinginkan dan mempunyai matlamat, ini adalah wangian buat anda. Wanita juga tertarik kepada jejaka yang berkeyakinan tinggi serta hadir dengan aura “wangian” penuh keyakinan. Jelas Ms. Christina Yong, Pengurus Besar Pemasaran, Wipro Unza (Malaysia) Sdn. Bhd.

Remy Ishak

“Sebagai sebuah jenama yang memahami kehendak jejaka moden kini, kami berbangga untuk menjadi sebuah jenama yang memberikan inspirasi kepada mereka. Sebagai sebuah jenama yang membawa imej keyakinan dan maskulin, BOLD dan EDGE adalah seleksi rangkaian wangian yang harus dimiliki oleh setiap jejaka. Inilah wangian yang akan membawa kalian menjangkaui batas keyakinan, membuatkan yang biasa menjadi luarbiasa!“,tambah beliau lagi.

Tercipta dari formulasi wangian mewah, BOLD dan EDGE memberikan keyakinan untuk anda menggapai setiap detik kejayaan dalam hidup dan menghadapi cabaran dengan penuh keyakinan. Ini adalah wangian yang mampu membangkitkan aura lelaki mu, menjadi kunci kepada keyakinan dan menyemarakkan semangat juaramu.

Di malijs pelancaran tersebut, para peminat Remy berpeluang mendapatkan rangkaian produk DASHING pada harga promosi istimewa. Mereka juga turut diberi peluang untuk mendapatkan tanda tangan serta bergambar dengan jejaka DASHING – Remy Ishak!

Rangkaian produk:

Eau De Toilette BOLD, 100 ml RM 29.90

Eau De Toilette EDGE, 100 ml RM 29.90

Semburan Anti Peluh BOLD VIBES, 150 ml RM 10.90

Semburan Anti Peluh CUTTING EDGE, 150 ml RM 10.90

Rangkaian produk DASHING BOLD dan EDGE boleh didapati di semua pasaraya utama, pasaraya hyper dan farmasi diseluruh Malaysia.

JENAMA DASHING

Semenjak kemunculannya 20 tahun lalu, DASHING kini adalah sebuah jenama produk penata gayaan lelaki yang membawa imej keyakinan dan maskulin. Kekuatan jenama ini telah membuatkan ia mendapat kepercayaan para jejaka yang sehingga ini yakin dan percaya kepada jenama ini.

Pada lewat 2010, DASHING hadir dengan wajah baru dan meletakkan jenamanya sebagai jenama yang menjadi pemangkin keyakinan buat para jejaka. Ia terus menjai pilihan dan mendapat kepercayaan jejaka moden kini.

DASHING juga turut melantik duta selebriti pertama mereka – Pelakon terkenal Remy Ishak. Beliau dipilih untuk menjadi teraju utama jenama ini kerana beliau adalah definisi jejaka yakin dan maskulin. Beliau punya aura keyakinan, kelelakian, keazaman untuk menggapai cita cita dan mempunyai profesionlisme yang tinggi – lantas beliaulah jejaka DASHING.

BOLD DAN EDGE DARI DASHING

WANGIAN BARU BUAT JEJAKA SEBENAR

DASHING Eau de Toilette

Eau de Toilette – BOLD

Adakah anda jejaka yang berani dan berkeyakinan tinggi? Lantang bersuara dan yakin menjadi ketua? Jadilah individu yang disegani dan dijadikan inspirasi. BOLD, wangian terbaru daripada DASHING yang menyerlahkan aura maskulin dan berani mu.

Ia adalah satu kemestian buat koleksi wangian jejaka kini yang berani untuk menonjolkan sisi maskulinnya. Wangian maskulin ini menyemarakkan nota hijau cardomone citrus.

BOLD di perkuatkan dengan nota akuatik dari bunga air, bunga keembung serta nota kayuaan segar yang menyemarakkan aura berani dan lelakimu.

Eau de Toilette – EDGE

Adakah kamu berani mengambil risiko? Sang juara yang yakin menghadapi cabaran? Hadapi sebarang cabaran tanpa keraguan dan kecapi kejayaan dengan EDGE wangian yang pasti membangkitkan aura sang juara dan memberikan keyakinan untuk mengejar mimpi.

Ia kaya dengan gabungan nota kayuan seperti Cardamone dan Rosemary serta aroma segar nutmeg,patchouli,kayu cedar dan Minyak Neuroli yang memberikan aura yakin dan segar – mampu memberikan keyakinan dan anjakan untuk menghadapi sebarang cabaran tanpa rasa gusar.

Semburan Anti Peluh DASHING

Tingkatkan benteng pertahananmu dan bersedia untuk menghadapi cabaran tanpa rasa gusar. Kekal yakin dengan semburan anti peluh DASHING – BOLD VIBES dan CUTTING EDGE yang dirumus dengan teknologi tiga kali ganda yang mampu memberikan anda perlindungan daripada bau badan selama 24 jam dengan berkesan. Formulasi unik ini dirumus bagi menghalang bau sekaligus membuatkan anda kekal segar dan kering sepanjang hari dengan haruman yang memberikan kesegaran maskulin berpanjangan. Ia juga hadir dengan “twist actuator” yang memberikan pengalaman penggunaan produk yang meluruh.

BOLD VIBES: Be Bold! Live on the Wild Side!

Bangun dan hadapi cabaran yang mendatang tanpa gentar. Kejar dan gapai impianmu. Raikan hidup dan cabar diri untuk sesuatu yang baru!

CUTTING EDGE: Be Edgy! Live on the Extreme!

Keluar dari zon selesamu dan kepompong keraguan itu, jadilah jejaka maskulin sebeanr. Raikan hidup yang penuh kelainan,keseronokan dan mencabar. Cabar diri untuk melakukan sesuatu yang baru dan berbeza!






i

InfoTaip menyajikan info-info terbaru, terkini, terhangat dan terbaik untuk anda semua. Pastikan artikel pilihan anda bookmark terlebih dahulu. CTRL + D
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow


Contact us

infotaip@gmail.com