Pengemaskinian
Permohonan Fasa 2 ini adalah untuk lepasan
Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), Program Asasi Sains Universiti Malaya (
PASUM) dan Program Asasi Universiti Teknologi Mara (
Asasi UiTM) yang baru mendapat keputusan peperiksaan semester akhir mereka. Ini bagi memberi peluang pelajar yang berkenaan untuk mengemaskini permohonan Fasa 1 mereka agar selaras dengan keputusan akhir semester.
Pengemaskinian Perrmohonan
Pengemaskinian Permohonan Fasa 2 ini sama seperti Permohonan Fasa 1 dahulu iaitu;
- Melalui UPU – Permohonan ke semua IPTA kecuali USM
- Melalui USM – Permohonan ke USM sahaja
Kemaskini Fasa 2 ke UPU
- Pengemaskinian Permohonan Fasa 2 untuk semua universiti kecuali USM perlu dibuat melalui laman web Permohonan Kemasukan Ke IPTA Program Pengajian Lepasan STPM/Setaraf Kategori Matrikulasi KPM/ PASUM/ Asasi UiTM – Fasa 2 (Portal MOHE dalam proses migrasi).
- Tempoh membuat kemaskini adalah mulai 18 Mei 2011 sehingga 23 Mei 2011 (akan diberitahu kemudian).
- Pengemaskinian Permohonan Fasa 2 ini hanya terbuka untuk mereka yang telah membuat permohonan semasa Fasa 1 sahaja.
Kemaskini Fasa 2 ke USM
- Pengemaskinian Permohonan Fasa 2 untuk Universiti Sains Malaysia (USM) perlu dibuat melalui laman web Pohon USM.
- Tempoh membuat kemaskini adalah mulai 18 Mei 2011 sehingga 21 Mei 2011.
- Pengemaskinian Permohonan Fasa 2 ini hanya terbuka untuk mereka yang telah membuat permohonan semasa Fasa 1 sahaja.
Tarikh Tutup
Pengemaskinian Permohonan Fasa 2 ini akan ditutup seperti berikut:
- UPU – akan diumumkan kemudian
- USM – 21 Mei 2011
Maklumat
Sebarang pertanyaan boleh dikemukan kepada;
- UPU di Hotline: 03-8883 5858 atau Helpline: 03-8883 5848 atau Talian Am: 03-8883 5801/5802 atau Faks: 03-8889 4260 atau E-mel: upu@mohe.gov.my
- USM di talian 1300 888 876 atau faks: 04 653 3328 atau e-mel: admissions@notes.usm.my